JEMPUTAN PENYERTAAN 'WIZARD SCIENE' SEMPENA PROGRAM 'INOVASI@UMT 2015' PADA 12-14 MEI 2015

JEMPUTAN PENYERTAAN 'WIZARD SCIENE' SEMPENA PROGRAM 'INOVASI@UMT 2015' PADA 12-14 MEI 2015

by ABDUL HADI BIN ISMAIL -
Number of replies: 0

KEPADA:

MAHASISWA-MAHASISWA TAHUN AKHIR PENGAJIAN
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Assalamualaikum WRT/Salam Sejahtera,

Saudara/Saudari,

JEMPUTAN PENYERTAAN 'WIZARD SCIENE' SEMPENA PROGRAM 'INOVASI@UMT 2015' PADA 12-14 MEI 2015
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dengana hormatnya merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) UMT akan menganjurkan program INOVASI@UMT 2015 pada 12-14 Mei 2015 bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT. Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) dengan sukacitanya menjemput saudara-saudari, para mahasiswa Tahun Akhir Pengajian di UMT untuk menyertai Slot 'Wizard Science' bersempena program 'INOVASI@UMT 2015'.

3. Disertakan tentatif program untuk perhatian saudara-saudari sekelian. Tempoh masa yang diberikan bagi menyampaikan persembahan 'Wizard Science' ini adalah dalam tempoh 10 minit. Pihak universiti akan mengeluarkan sijil penyertaan program kepada para peserta.

4. Penyertaan terhad kepada 20 penyertaan sahaja. Penyertaan yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak kami. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum/selewat-lewatnya pada 25 April 2015 (Sabtu). Mohon lengkapkan maklumat saudara-saudari (Nama, No. UK, No. HP, Emel, Kursus Pengajian, Tajuk Projek Wizard Science) kepada suzana.sham@umt.edu.my dan lyeana@umt.edu.my.

5. Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Pn. Suzana binti Shamsuddin, Penolong Pegawai Tadbir, PPHP di talian 09-6684460/0129637840 dan Pn. Norliana binti Mohd Zor, Pembantu Tadbir (P/O) di talian 09-6684121/4142.

Atas sokongan dan kerjasama saudara-saudari dalam menjayakan program 'INOVASI@UMT 2015' ini pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan syabas.

Sekian.