Available courses

ASO1753 Asas Oseanografi
PUSAT ASASI STEM
Kursus ini memperkenalkan oseanografi sebagai satu sains antara disiplin, merangkumi empat cabang utamanya: oseanografi kimia, biologi, fizikal, dan geologi. Pelajar akan mempelajari bagaimana cabang-cabang oseanografi ini berinteraksi untuk membentuk persekitaran marin dan mempengaruhi sistem global. Kandungan kursus merangkumi arus lautan, kimia air laut, ekosistem marin, dan geologi dasar laut. Kursus ini juga meneliti peranan lautan dalam pengawalan iklim serta kesan aktiviti manusia seperti pencemaran, penangkapan ikan berlebihan, dan kehilangan habitat. Penekanan diberikan kepada pengurusan sumber yang lestari dan cabaran alam sekitar dunia sebenar. This course introduces oceanography as an interdisciplinary science, covering its four main branches: chemical, biological, physical, and geological oceanography. Students will learn how these oceanographic branches interact to shape marine environments and influence global systems. Course content includes ocean currents, seawater chemistry, marine ecosystems, and seafloor geology. The course also examines the ocean's role in climate regulation and human impacts such as pollution, overfishing, and habitat loss. Emphasis is placed on sustainable resource management and real-world environmental challenges.
ASB1414 BIOLOGI I
PUSAT ASASI STEM

Kursus ini mendedahkan pelajar tentang konsep dan kemahiran amali biologi yang merangkumi semua peringkat organisma hidup. Kursus ini akan mengukuhkan pemahaman asas mereka dalam biologi daripada apa yang telah mereka pelajari sebelum ini. Kursus ini menerangkan struktur dalam sel, termasuk membrannya. Turut dibincangkan ialah kepentingan molekul biologi dalam mengekalkan integriti sel melalui metabolisme yang dimangkin oleh enzim. Topik-topik terdahulu kemudiannya digunakan dalam memahami proses respirasi dan fotosintesis. Kemudian pelajar akan didedahkan terhadap struktur membran sel dan bagaimana ia membantu dalam pengangkutan dalam tumbuhan dan mamalia.

This course exposes students to the concepts and practical skills in biology, covering all levels of organisation in living organisms. This course will strengthen their basic understanding of biology from what they have learned before. This course explains the structures in a cell, including its membranes. Also discussed is the importance of biological molecules in maintaining cellular integrity through enzyme-catalysed metabolism. The earlier topics are then applied in understanding the process of respiration and photosynthesis. Then the students will be exposed to cell membrane structures and how they facilitate transport in plants and mammals.