Course image ASL1514 SCIENCE IN LIFE I
PUSAT ASASI STEM

Kursus ini merangkumi empat topik utama yang memberi penekanan kepada konsep asas Sains. Topik yang diajar adalah Sejarah dan Falsafah Sains, Kepentingan Sains dalam Kehidupan, Aplikasi Sains, dan Inovasi dalam Sains. Selain itu, kemahiran Inovasi Sains  secara saintifik didedahkan dalam bidang Sains yang terpilih. Pelajar akan memperolehi kemahiran kognitif dan berkomunikasi melalui penilaian seperti ujian, laporan aktiviti, laporan cadangan kajian dan pembentangan cadangan kajian secara lisan.)                                                      

(The course covers four main topics that give emphasis the basic concept of Science. Topics consist of the  History and Phylosophy of Science, The Importance of Science in Life, Applications of Science, and Innovation in Science. In addition, Science innovation skills are scientifically expose in selected Science fields. Students will acquire cognitive skills and communication skills through the assessment process of  test, activity report, proposal report and oral presentation given throughout the course.)          

Course image AHI1072 ASAS INOVASI
PUSAT ASASI STEM

Kursus ini memberikan pemahaman asas tentang proses inovasi produk. Pelajar akan mempelajari prinsip asas inovasi dan penerapannya dalam penghasilan dan pengurusan produk inovasi. Kursus ini juga menekankan potensi inovasi dan ciptaan produk dalam mencipta peluang, serta menerokai isu strategik semasa dalam membina graduan yang berdaya saing. Di akhir kursus ini, pelajar boleh menyelesaikan masalah menggunakan proses pemikiran merekacipta.

(This course provides a basic understanding of the product innovation process. Students will learn the basic principles of innovation and their application in the production and management of innovative products. The course also emphasizes the potential of innovation and product creation in creating opportunities, as well as exploring current strategic issues in building competitive graduates. At the end of this course, students will be able to solve problems using design thinking processes.)

Course image ASB1414 BIOLOGI I
PUSAT ASASI STEM

Kursus ini mendedahkan pelajar tentang konsep dan kemahiran amali biologi yang merangkumi semua peringkat organisma hidup. Kursus ini akan mengukuhkan pemahaman asas mereka dalam biologi daripada apa yang telah mereka pelajari sebelum ini. Kursus ini menerangkan struktur dalam sel, termasuk membrannya. Turut dibincangkan ialah kepentingan molekul biologi dalam mengekalkan integriti sel melalui metabolisme yang dimangkin oleh enzim. Topik-topik terdahulu kemudiannya digunakan dalam memahami proses respirasi dan fotosintesis. Kemudian pelajar akan didedahkan terhadap struktur membran sel dan bagaimana ia membantu dalam pengangkutan dalam tumbuhan dan mamalia.
(This course exposes the students to the concept and practical skills in biology covering all levels of living organisms. Based on what they have learned, this course will strengthen their basic understanding of biology. This course explains the structures of a cell, including its membranes. Also discussed is the importance of biological molecules in sustaining the cell's integrity through metabolism catalyzed by enzymes. The earlier topics are then applied to understanding the process of respiration and photosynthesis. Then, the students will be exposed to the cell membrane structures and how they help transport in plants and mammals.)