Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pelajar tahun 1
HEBAHAN KEPADA PELAJAR TAHUN 1 UNTUK MENJAWAB SOAL SELIDIK KAJIAN EMPAT KURSUS RINTIS MOOC MALAYSIA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Dipohon semua pelajar Tahun 1 dapat menjawab soal selidik atas talian yang bertajuk Evaluation of Malaysia Pilot MOOC.
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelbagai aspek empat kursus rintis Massive Open Online Courses (MOOCs) yang kini sedang ditawarkan untuk semua pelajar tahun 1 di IPTA melalui platform OpenLearning. Empat kursus rintis MOOC tersebut adalah TITAS, Hubungan Etnik, Introduction to Entrepreneurship dan ICT Competency.
Maklumat untuk soal selidik ini adalah seperti berikut:
Tempoh menjawab : 1 Disember 2014 – 15 Januari 2015
URL : https://www.surveymonkey.com/s/malaysianpilotmooc
Jika makmal komputer yang sama digunakan untuk menjawab soal selidik oleh kumpulan pelajar yang seterusnya, sila pastikan cache web browser dibersihkan terlebih dahulu.
Pelajar yang menjawab soal selidik ini berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa powerbank dan mini iPad. Untuk berpeluang memenagi cabutan bertuah ini, pelajar perlu menyatakan email ID OpenLearning untuk item yang berkaitan.
Segala kerjasama dan perhatian semua pelajar tahun 1 didahului dengan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.
Sekian.
SOAL SELIDIK KAJIAN EMPAT KURSUS RINTIS MOOC MALAYSIA (Peluang Menangi hadiah cabutan bertuah Powerbank & Mini Ipad)
by System -
Number of replies: 0