Assalamualaikum WRT dan Salam Sejahtera,
KEPADA SELURUH MAHASISWA UMT, WARGANEGARA MALAYSIA yang dihormati sekelian
Saudara/Saudari,
PERKARA: HEBAHAN ANUGERAH TOKOH SISWA 2014 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
Dengan segala hormatnya dipanjangkan emel daripada pihak KPM berkaitan Anugerah Tokoh Siswa 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia di atas untuk perhatian dan rujukan sekelian.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2014 yang akan diadakan pada 14 Mac 2015 (Sabtu) jam 8.00 malam hingga 10.30 malam bertempat di Universiti Sains Malaysia.
3. Selaras dengan itu, sebanyak 19 anugerah akan dipertandingkan dengan 10 anugerah di bawah Kategori Kepimpinan, 8 anugerah di bawah Kategori Kesukarelawanan dan 1 Anugerah Utama yang akan direbut oleh penerima anugerah tokoh dari kedua-dua kategori tersebut. Pada tahun ini juga, diperkenalkan Penghargaan Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi kepada semua mahasiswa IPT yang telah mendapat pengiktirafan diperingkat antarabangsa secara individu atau berpasukan.
4. Anugerah Tokoh Siswa ini terbuka kepada semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), WARGANEGARA MALAYSIA yang belajar secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. Senarai penuh kriteria, syarat pertandingan, panduan mengisi borang pencalonan dan panduan penulisan impak adalah seperti di lampiran berikut:
Lampiran 1 : Kriteria Anugerah Tokoh Siswa 2014
Lampiran 2 : Syarat Pertandingan Anugerah Tokoh Siswa 2014
Lampiran 3 : Panduan Mengisi Borang Pencalonan Anugerah Tokoh Siswa 2014
Lampiran 4 : Panduan Penulisan Impak Program
*(Perhatian: Tempoh Aktiviti/Program Yang Dipertandingkan adalah bermula daripada 1 September 2013 sehingga 31 Ogos 2014)
5. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan LAMPIRAN DOKUMEN-DOKUMEN berkaitan untuk perhatian dan rujukan mahasiswa UMT sekelian. Para pelajar UMT Warganegara Malaysia yang berminat adalah dinasihatkan untuk sebaik-baiknya berbincang dengan Penasihat Kelab Berdaftar Pelajar UMT yang terdiri di kalangan pensyarah akademik UMT berkaitan pertandingan ini.
6. Tarikh TUTUP penghantaran Borang Permohonan yang LENGKAP adalah SELEWAT-LEWATNYA pada hari RABU, 3HB. DISEMBER 2014 jam 12.00 tengahari di Kaunter Pejabat Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Aras 1, Kompleks Siswa, Universiti Malaysia Terengganu. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan Penyelaras Program di peringkat UMT iaitu En. Mohd Salleh bin Bain, Pegawai Penyelidik Sosial, PPHP di talian
09-6684135 dan Pn. Suzana binti Shamsuddin, Penolong Pegawai Tadbir, PPHP di talian 09-6684460/4121/012-9637840.
Atas sokongan dan kerjasama Warga Kerja dan Warga Pelajar UMT dalam menjayakan program ini bagi memartabatkan lagi nama Universiti Malaysia Terengganu di peringkat Kebangsaan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
PUSAT PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR
Aras 1, Kompleks Siswa
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu
Tel: 09-6684121/6684142