Announcement

MAKLUMAN LANJUTAN TEMPOH PENYERTAAN : ANUGERAH TOKOH SISWA 2013

 
Picture of KHAIRUL BUKHARI
MAKLUMAN LANJUTAN TEMPOH PENYERTAAN : ANUGERAH TOKOH SISWA 2013
by KHAIRUL BUKHARI - Thursday, 12 December 2013, 3:04 PM
 

Assalamualaikum WRT dan Salam Sejahtera,

Sehubungan daripada penangguhan Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2013 yang pada mulanya dijadualkan pada 14 Disember 2013 kepada tahun 2014 (tarikh akan dimaklumkan), sukacita dimaklumkan pihak Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) telah membuka semula Anugerah Tokoh Siswa 2013 kepada warga pelajar IPTA yang akan dilanjutkan penyertaannya sehingga 19 Disember 2013 (Ahad) ini.

Justeru itu,  pihak kami dengan sukacitanya menjemput kepada tuan/puan warga pensyarah yang ingin memberikan pencalonan pelajar mereka yang berkelayakan dan boleh mendapatkan Borang Pencalonan Anugerah Tokoh Siswa 2013 bermula hari ini di kedua-dua pejabat tersebut :

1)  Kaunter Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, Aras 1, Kompleks Siswa,

2)  Pejabat Pentadbiran, Kolej Sheikh Abdul Malek, Aras 1, Kolej Siswa

Tarikh tutup penghantaran borang di Kaunter Pusat Pembangunan Holistik Pelajar, UMT dalah pada 19 Disember 2013 (Khamis) jam 4.00 petang.

Pihak kami juga membuat hebahan kepada pelajar melalui facebook PPHP, facebook forUMT serta memo di semua fakulti, makmal berpusat dan juga Kolej Siswa.

Untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan En. Mohd Salleh Bain di talian 09-6684135 dan Puan Suzana Shamsuddin di talian 09-668 4460.

Nota: Sila rujuk lampiran yang disediakan.

Sekian. Terima kasih.