Announcement

SAMBUTAN HARI ASEAN KE-47

 
Picture of ABDUL HADI
SAMBUTAN HARI ASEAN KE-47
by ABDUL HADI - Tuesday, 28 October 2014, 11:15 AM
 

Sukacita dimaklumkan Cawangan Perhubungan Antarabangsa, Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Penerangan Terengganu dengan Kerjasama Pusat Komunikasi Korporat dan Pembangunan Citra, Universiti Malaysia Terengganu akan menganjurkan program sambutan Hari ASEAN yang diadakan sebagai memperingati penubuhan ASEAN pada 8 Ogos 1967.

Tema sambutan Hari ASEAN pada tahun ini ialah " Moving Forward in Unity, to a Peaceful and Prosperous Community ". Tema ini merupakan tema yang digunakan oleh Myanmar yang merupakan Pengerusi ASEAN pada tahun 2014.

Tujuan sambutan Hari ASEAN ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman, serta penglibatan masyarakat umum khususnya penuntut institut pengajian tinggi dan belia mengenai penubuhan ASEAN. Antara pengisian utama program adalah Forum ASEAN, Pameran ASEAN, Pertandingan Pidato ASEAN, Persembahan Pentarama (buskers), flash Mob, jigsaw puzzle dan Kuiz ASEAN.

Sehubungan itu, semua warga UMT dan semua mahasiswa UMT sukacitanya dijemput untuk hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi sambutan Hari ASEAN ini sepertimana ketetapan berikut:

Program : Sambutan Hari Asean ke-47
Tarikh     : 28-29 Oktober 2014 (Selasa dan Rabu)
Masa      : 9.00 pagi-5.00 petang
Tempat   : Dewan Sultan Mizan, UMT

Untuk atur cara penuh program sambutan Hari ASEAN ini beserta aktiviti-aktiviti yang disediakan, tuan/puan/saudara/saudari boleh merujuk kepada lampiran.

Atas sokongan dan kerjasama sekelian dalam menjayakan program ini, pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

--
Corporate Communication and Image Development Centre
Universiti Malaysia Terengganu
21030 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Malaysia.
Tel : +609-668 4100
Faks : +609-668 4390
Email : pro@umt.edu.my
Website : http://www.umt.edu.my
Facebook : Universiti Malaysia Terengganu Official