Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN PUSAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN AKADEMIK (PPPA)

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA) sedang menjalankan soal selidik kajian kepuasan pelanggan untuk menilai kualiti dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPPA kepada semua warga UMT.

3. Maklum balas daripada YBhg. Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan amat penting untuk memastikan pihak kami dapat melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada anda semua.

4. Sehubungan itu, kami menjemput YBhg. Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk luangkan sedikit masa bagi mengisi kajian kepuasan pelanggan ini sebagaimana pautan yang berikut:

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PPPA

5. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YBhg. Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

Atas segala kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh YBhg. Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.