Lentera Lentera

STATUS PEMBANGUNAN KURSUS MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (UMTMOOC)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Merujuk kepada status pembangunan Massive Open Online Course (UMTMOOC) sehingga 20 Julai 2026, bersama-sama ini dilampirkan infografik status terkini untuk makluman pihak fakulti.

Berdasarkan rekod semasa:

28 kursus telah siap dan aktif.

4 kursus sedang dalam pembangunan.

2 kursus telah siap namun masih tiada penawaran.

Jumlah keseluruhan enrolmen UMTMOOC adalah seramai 1,518 pengguna.

Status pembangunan ini bukan sahaja menjadi rujukan dalaman universiti, malah turut digunakan sebagai data rasmi yang akan dibentangkan dan dilaporkan kepada pihak berkaitan.

Sehubungan dengan itu, pihak fakulti dipohon untuk memastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian:

Memantau kemajuan pembangunan kursus UMTMOOC di fakulti masing-masing untuk penawaran kepada pelajar.

Mengemas kini status pembangunan kursus kepada Bahagian Pembelajaran Digital sekiranya terdapat perubahan.

Memastikan kursus yang telah siap;

Aktif dan ditawarkan; serta

Melaksanakan promosi bagi meningkatkan enrolment.

Mengenal pasti kursus baharu yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai UMTMOOC selaras dengan perancangan akademik fakulti.

Untuk makluman, data pembangunan UMTMOOC ini digunakan sebagai input dalam beberapa pelaporan rasmi universiti, antaranya:

Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Akademik (JKA);

Pelaporan Modul e-Pembelajaran MyMOHES;

Pengumpulan Data Suku Tahunan oleh Bahagian Transformasi Strategik dan Risiko (TSR); dan

Laporan kepada pihak yang berkaitan.

Oleh itu, kerjasama semua fakulti dalam memastikan status kursus sentiasa dikemas kini amatlah dihargai bagi memastikan pelaporan universiti adalah lengkap dan berkualiti.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemas kini berkaitan status pembangunan UMTMOOC, pihak fakulti boleh menghubungi Bahagian Pembelajaran Digital, Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA) atau emel kepada el@umt.edu.my.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.